Tutor Menaip Sentuh Klavaro

Muat turun versi terkini sekarang

Kod sumber: klavaro-3.14.tar.bz2 (1.2 MB)

Untuk mendapatkan pajek atau port binari, anda boleh lawati repositori OS anda. Seperti di bawah:

Windows: klavaro-3.13-win-setup.exe (11.7 MB)

Versi terdahulu: sourceforge.net/projects/klavaro/files/



Perihal Klavaro

Tidak puashati dengan pilihan lain yang hanya bergantung pada beberapa papan kekunci khusus, Klavaro ialah perisian bebas kearah bebas papan kekunci dan bahasa, menjimatkan ingatan, masa dan wang.


Fitur keluaran terakhir

Fitur utama adalah:

  1. Penyetempatan: ar bg bn ca cs da de el en_GB eo es eu fi fr gl hu hr id it kk ky nb nl pa pl pt_BR pt_PT ro ru sl sr sv te tr uk ur vi wo zh_CN
    (jika anda mahu terjemah ke bahasa lain, sila rujuk arahan terjemahan)

  2. Bentangan papan kekunci yang sedia digunakan:

    • QWERTY: AR, BG, BR, BR_abnt2, CZ, EL, EO, ES, EU, HE, IN, IT, JP, KK, NB, PT, SE, SK, TR, UK, UR_crulp, UR_nla, US
    • Dvorak: BG, BR, DE_AdNW, DE_neo2, EO, FR, FR_bépo, TR, UK, US, US_BR, US_ES, US_SE
    • QWERTZ: CZ, DE, HR, HU, SK
    • AZERTY: FR, FR_ibook, BE
    • JTSUKEN: RU, RU_typewriter, UA
    • Colemak: US
    • AlphaGrip5: US
  3. Penyunting bentangan papan kekunci: Konfigur kedudukan kekunci dan simpan sebagai fail-teks. Jika papan kekunci anda tiada, anda boleh cipta ia. Maklum kepada kami berkenaan bentangan baharu yang anda telah hasilkan.

  4. Kursus asas: Ingat kedudukan kekunci pada papan kekunci. Bebas dari bentangan papan kekunci. berdasarkan penjanaan jujukan aksara rawak yang diulang oleh pengguna.

  5. Latihan kebolehsesuaian: Latih menggunakan papan kekunci sepenuhnya dengan menginput rentetan rawak bagi kekunci yang ditentukan. Membangunkan keupayaan penyesuaian kemahiran menaip anda dengan perkataan-perkataan asing yang muncul di dalam teks.

  6. Latihan kecepatan: Dicapai ketika menaip dalam persekitaran atau bahasa yang difahami. Walaupun jika bahasa anda tidak disokong oleh aplikasi, anda masih dapat mengecam apa jua bahasa teks yang terkandung di dalamnya.

  7. Latihan kelancaran: Taip perenggan lengkap, dengan ayat yang mudah difahami. Ralat ejaan mestilah dibetulkan sebelum menaip yang lain. Perhatian khusus perlu difokuskan pada ritma, supaya ia seragam dan sekata. Muat apa jua fail teks, dan juga bahasa.

  8. Carta kemajuan: Di akhir setiap latihan, beberapa maklumat prestasi anda disimpan dan dipaparkan dalam bentuk grafik. Oleh itu, anda mudah menilai kemajuan pembelajaran anda (atau halangan).

  9. Boleh masukkan teks lain: Kemudahan mengimport teks luar untuk kegunaan modul-modul lanjutan (kecepatan / kelancaran). Anda boleh lancarkan dialog seperti biasa untuk memilih satu fail setempat yang ada di dalam sistem; anda juga boleh tampal teks yang ada di dalam papan keratan; dan lagi, anda boleh pilih, seret dan lepas teks ke dalam kotak masukan di bahagian bawah tetingkap tutor.

  10. Pertandingan separa atas-talian: Modul latihan terakhir memberi markah pengguna berdasarkan kedudukan mengikut kemahiran menaip sentuh mereka. Kedudukan ini hanya boleh dilakukan secara setempat sahaja, bagi pengguna yang berkongsi komputer yang sama, atau data yang boleh dihantar ke dalam pelayan-sesawang, ini membolehkan penyenaraian kedudukan secara sejagat. Oleh yang demikian, permainan dapat beroperasi secara "atas-talian".

  11. Antaramuka bergrafik yang kemas: Perhatian kepada tolok pengukuran kecepatan, ralat, masa, atau papan kekunci terapung maya yang boleh menjejaskan fokus pelajar terhadap tugasan. Perhatian utama adalah pada mengingat kedudukan kekunci dengan sentuhan, bukan secara visual. Klavaro direka dengan antaramuka ringkas dan akan kekal dengan reka bentuk tersebut.

Kembali ke atas

Rumah

Dokumentasi

Penyumbang

Terjemahan

Cekupan Skrin

Repositori kod



Saranan:

Guna Dvorak!

Atau Colemak!



Saingan:

Semua Tutor



Yang menarik:

Klavaro Top10

10 Fast Fingers

Adiwira Kekunci

TypeRacer

Logo Klavaro

العربية
Català
Čeština
Deutsch
English
Ελληνικά
Euskaraz
Français
Galego
Hrvatski
Magyar
Lietuvių
Bahasa Melayu
Bokmål
Panjabi
Polski
Português
Русский
Türkçe

Esperanto


SourceForge.net Logo

Dikemaskini: 2022-12-13

Pengesahan:

XHTML 1.0 Strict

Semenjak: 2005-04-03